Wednesday, March 30, 2011

Lawatan #2 - Memulakan Kompos THM

Setelah tujuh hari berlalu, hari ini mereka perlu memulakan proses pengkomposan THM. Dengan membawa semua peralatan yang diperlukan dan dengan harapan semuanya akan berjaya, saya membuat lawatan kedua ke rumah ketiga-tiga kumpulan. 

Benih kompos Kumpulan Takakuraz selepas 7 hari.
Kelihatan benih kompos ini tidak mempunyai banyak fungi yang aktif. Saya cuba mengenalpasti apakah kesilapan yang telah kami buat yang menyebabkan benih kompos ini kurang berjaya? Masih mencari jawapan walaupun terdapat beberapa punca seperti jenis habuk yang digunakan adalah habuk kayu halus yang masih mentah (baru dibuang). Ini disebabkan lokasi penyimpanan juga tidak terdedah kepada cahaya matahari dan tidak terkena titisan air hujan. Masih menjadi misteri.

Benih kompos Kumpulan Akasia paratis selepas 7 hari.
Fungi aktif kelihatan di permukaan benih kompos ini. Kumpulan ini menggunakan habuk kayu kasar yang kering dan telah agak lama dibuang. Benih kompos kumpulan ini adalah yang paling berjaya.

Benih kompos Kumpulan Green Land selepas 7 hari.
Benih kompos kumpulan ini juga kurang berjaya. Fungi kelihatan tidak aktif dan hanya sedikit saja di permukaan campuran habuk dan hampas padi. Manakala, di bahagian dalam langsung tidak terdapat fungi aktif. Bagi kumpulan ini pula terdapat satu punca yang mungkin menyebabkan kumpulan ini kurang berjaya ialah cara penyimpanan kotak benih kompos ini. Di bahagian luar kotak ini mereka telah membalutnya dengan menggunakan plastik dan ini telah menyebabkan haba berlebihan di bahagian dalam dan mungkin menyebabkan mikrob tidak dapat hidup. Walau bagaimanapun, mungkin juga penyebabnya adalah jenis habuk kayu yang digunakan kerana ia adalah sama dengan Kumpulan Takakuraz. Masih menjadi misteri?

Memotong sisa sayur-sayuran menjadi cebisan kecil
sebelum dicampurkan ke dalam benih kompos.
Melekatkan kertas kadbod di bahagian dalam bakul kompos yang mempunyai
ruang pengudaraan.
Memindahkan benih kompos ke dalam bakul kompos.
Memasukkan sisa sayuran yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam
bakul kompos dan digaulkan.
Menutup permukaan bakul dengan menggunakan kain atau tuala sebelum
disimpan di ruangan yang terlindung daripada cahaya matahari dan hujan.
Wajah gembira Kumpulan Akasia paratis dengan bakul kompos THM
mereka yang sudah sedia untuk digunakan sebagai tempat buangan
sisa dari dapur. 

2 Komen Membina:

Hi. This is good. I am glad to see that you are succeeding in recruiting younger people to this project to help save out environment! Just imagine how much of the "rubbish" we discarded can be put to good use. If every household is doing it, there will be less need for bigger and bigger landfills!
 
Hi. It is good to see you introducing THC to the young uns! There is so much we can do to help in recycling and THC is a great method for all families to take part in - it cost nothing and makes use of nearly all the organic leftovers from the kitchen. If every family is doing it, just imagine how much less waste we are generating for the landfills and help our environment!
 

Post a Comment