Monday, July 4, 2011

Demo Pengkomposan THM - Komuniti Perumahan

Pada 18hb Jun yang lalu, para belia telah menjalankan satu demo khusus untuk penghuni perumahan SFI. Program demo ini dijalankan bersama-sama dengan Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat SFI. Persiapan awal telah dilakukan mulai daripada 24hb Mei. Persediaan ini dilakukan awal supaya ada hasil akhir iaitu baja kompos boleh ditunjukkan kepada penonton atau peserta ketika demo dijalankan.

Walaubagaimanapun, kehadiran adalah amat mengecewakan apabila hanya 3 orang penduduk di kawasan perumahan hadir ketika demo dijalankan. Beberapa cara telah digunakan untuk mempromosikan program demo ini iaitu melalui poster, risalah, email dan juga kumpuln di Facebook. Namun sambutan sangat-sangat tidak menggalakkan. Namun begitu, para belia telah menunjukkan kesungguhan mereka apabila setiap belia mengambil peranan masing-masing ketika demo dijalankan. Cik Hana, merupakan ketua komiti pelaksana demo ini dan telah mengambil peranan sebagai pembentang paparan power point berkenaan dengan maklumat tentang Kompos THM. Kemudian Cik Vivian pula mengambil alih untuk menunjukkan prosedur melakukan kompos THM. Belia yang lain membantu dari segi persiapan bahan-bahan yang diperlukan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh para belia amatlah memuaskan. Dengan kehadiran yang sedikit, para belia tidak berputus asa untuk meneruskan program demo tersebut.

Berikut dikongsikan beberapa gambar ketika persediaan dan juga demo tersebut berlangsung:
Membuat persediaan bahan-bahan untuk demo.
Anak kucing jiran juga sibuk "membantu".
Sibuk dengan kerja masing-masing. 
Sedang menunggu kedatangan peserta/ penonton.
Cik Hana sedang membentangkan info tentang THM.
Cik Vivian menjalankan demo cara membuat cecair penapaian. 
Para peserta sedang melihat dan memriksa cecair penapaian yang telah
disimpan selama 5 hari. 
Kelihatan peserta khusyuk mengambil nota dan hands-on. 
Penyediaan Bakul Kompos.
Rakan yang lain membantu menyediakan contoh bahan yang akan dimasukkan
ke dalam bakul kompos THM.
Peserta menggaulkan sisa sayur dan buah di dalam benih kompos yang
telah dimasukkan ke dalam bakul kompos.
Bergotong-royong membersihkan dewan setelah selesai
demo dijalankan.