Wednesday, May 4, 2011

PEMBAHAGIAN SEMULA KUMPULAN

Setelah dilihat beberapa masalah timbul apabila terdapat belia tidak dapat melibatkan diri secara aktif. Saya bersama 10 belia yang telah menghadirkan diri ketika mesyuarat kemajuan mini projek pada 16 April yang lalu telah mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan yang sedia ada dan membentuk kumpulan yang baru. Setelah melihat kepada beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan mereka menghadirkan diri, kebanyakan adalah disebabkan sesi persekolahan yang berbeza. Terdapat belia yang menghadiri kelas pada persekolahan sesi petang dan ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Oleh itu, setelah membuat beberapa pertimbangan, saya mengambil keputusan untuk membentuk kumpulan yang lebih kecil. Lagipun melihat kepada kesungguhan mereka, saya turut merasakan adalah tidak adil bagi belia yang tidak dapat menghadirkan diri ketika pemantauan dijalankan.

Setelah dibuat pembentukan semula kumpulan, daripada 25 orang belia, 9 kumpulan baru akan dibentuk. Pembahagian ahli kumpulan ini juga hanya akan dilakukan selepas semua bersetuju akan ahli kumpulan mereka yang baru ini. Oleh itu, setiap kumpulan akan terdiri daripada 2 hingga 4 orang ahli. Walupun nampak sedikit tetapi saya telah melihat keupayaan mereka menjalankan pemprosesan THM ini dan saya melihat mereka mampu melakukannya.

Saya berharap selepas pembentukan semula kumpulan ini, setiap belia akan dapat bergiat aktif menjalankan aktiviti pemprosesan baja organik THM ini.

SEMOGA BERJAYA!

0 Komen Membina:

Post a Comment