Saturday, March 19, 2011

Demo Pengkomposan Takakura Home Method

Seramai 23 belia telah menyertai demo pengkomposan Takakura Home Method ataupun THM yang telah dijalankan pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi di Dewan Mini SFI, Sipitang. Belia berumur di antara 13 hingga 18 tahun merupakan sasaran kepada projek mini ini. Projek ini merupakan lanjutan daripada program Pembangunan Belia yang telah dijalankan sejak Disember 2008. Di antara lain tujuan utama projek mini ini adalah untuk melahirkan belia yang peka terhadap isu-isu alam sekitar terutamanya langkah penjagaan alam sekitar dengan menggunakan kaedah ini. Di samping itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini, para belia akan mempelajari ilmu yang baru dan akhirnya dengan harapan dapat melahirkan pemimpim di kalangan mereka. 

Belia yang hadir telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang dikenali sebagai Takakuraz, Akasia paratis dan Green Land. Setiap kumpulan telah menjalankan praktikal menghasilkan cecair penapaian selepas demo  dilakukan. Cecair penapaian tersebut akan diperamkan atau disimpan selama lima hari sebelum langkah seterusnya iaitu menyediakan benih kompos. Setiap kumpulan telah memilih ketua kumpulan masing-masing dan seterusnya rumah ketua kumpulan mereka akan menjadi stesen untuk menjalankan projek pengkomposan ini. Saya akan memantau tugasan mereka dari semasa ke semasa sehingga setiap kumpulan berjaya menghasilakn baja kompos/organik yang pertama. 

Berikut merupakan aksi-aksi mereka ketika menyediakan cecair penapaian pada hari demo tersebut:

Tempe yang telah dipotong halus ini merupakan bahan utama
dalam penghasilan cecair penapaian.
Gula merah halus (250g) yang telah dilarutkan dalam
3L air dan disimpan di dalam balang kedap udara. 
Kumpulan Takakuraz yang sedang menyediakan cecair penapaian kumpulan
mereka.
Ahli Kumpulan Akasia paratis sedang memotong
tempe menjadi cebisan-cebisan kecil.
Ahli Kumpulan Green Land sedang menghancurkan kiub gula merah dan
memotong tempe menjadi cebisan-cebisan kecil. 
Cecair penapaian yang telah siap disediakan dan akan disimpan selama
lima hari. Warna larutan kelihatan berbeza kerana dua jenis gula merah
telah digunakan iaitu jenis halus dan kiub. 
Inilah wajah-wajah ceria yang telah menyertai demo THM dan seterusnya
terlibat secara langsung dalam projek mini ini. Semoga berjaya kepada semua!!

0 Komen Membina:

Post a Comment