Masalah sampah merupakan satu isu yang sangat serius dan penimbunan sampah yang terlampau di tapak pelupusan sampah memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dilupuskan. Justeru itu, beberapa negara telah menguruskan sampah secara bersepadu bagi menangani masalah ini. Salah satu cara yang diusahakan ialah dengan meminimakan pengurusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan mengurangkan sampah yang diangkut ke kawasan pemprosesan atau pelupusan sampah akhir.
Seorang ahli kimia gunaan dari Himeji Institute of Technology Japan iaitu En. Koji Takakura telah menemui satu kaedah untuk mengurangkan sampah dengan mencipta Kaedah Pengkomposan Takakura Home Method. Kaedah ini menumpukan kepada sampah organik buangan domestik dari rumah iaitu seperti sisa makanan, sayur, atau daun kering. Atas sumbangan dana Kitakyushu International Techno-Cooperative Association (KITA) di Kota Kitakyushu, Jepun, En. Koji Takakura telah menjalankan penelitian dan percubaan di Surabaya dengan kerjasama Pusat Pemberdayaan Komunitas Perkotaan (PUSDAKOTA) Universitas Surabaya dan Pemerintah Kota Surabaya.
Hasil penemuan beliau telah mendorong Institute Global Environment and Strategy (IGES) iaitu salah satu badan penyelidikan yang ditubuhkan oleh Jepun pada tahun 1998 untuk menaja kajian/ studi perbandingan di antara 10 bandar daripada 10 negara pada bulan Februari 2007. Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan pengurusan sampah asas masyarakat di Surabaya dengan Kaedha Takakura Composting System.
Rujukan:
1) Koji Takakura (1959-sekarang) Penemu Keranjang Pengompos Sampah
2) Household Composting Program
3) Kitakyushu Initiative for a Clean Environment