Showing posts with label Projek Mini. Show all posts
Showing posts with label Projek Mini. Show all posts
Wednesday, June 15, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Lawatan #2 - Memulakan Kompos THM
Setelah tujuh hari berlalu, hari ini mereka perlu memulakan proses pengkomposan THM. Dengan membawa semua peralatan yang diperlukan dan dengan harapan semuanya akan berjaya, saya membuat lawatan kedua ke rumah ketiga-tiga kumpulan.
![]() |
| Benih kompos Kumpulan Takakuraz selepas 7 hari. |
Kelihatan benih kompos ini tidak mempunyai banyak fungi yang aktif. Saya cuba mengenalpasti apakah kesilapan yang telah kami buat yang menyebabkan benih kompos ini kurang berjaya? Masih mencari jawapan walaupun terdapat beberapa punca seperti jenis habuk yang digunakan adalah habuk kayu halus yang masih mentah (baru dibuang). Ini disebabkan lokasi penyimpanan juga tidak terdedah kepada cahaya matahari dan tidak terkena titisan air hujan. Masih menjadi misteri.
![]() |
| Benih kompos Kumpulan Akasia paratis selepas 7 hari. |
Fungi aktif kelihatan di permukaan benih kompos ini. Kumpulan ini menggunakan habuk kayu kasar yang kering dan telah agak lama dibuang. Benih kompos kumpulan ini adalah yang paling berjaya.
![]() |
| Benih kompos Kumpulan Green Land selepas 7 hari. |
Benih kompos kumpulan ini juga kurang berjaya. Fungi kelihatan tidak aktif dan hanya sedikit saja di permukaan campuran habuk dan hampas padi. Manakala, di bahagian dalam langsung tidak terdapat fungi aktif. Bagi kumpulan ini pula terdapat satu punca yang mungkin menyebabkan kumpulan ini kurang berjaya ialah cara penyimpanan kotak benih kompos ini. Di bahagian luar kotak ini mereka telah membalutnya dengan menggunakan plastik dan ini telah menyebabkan haba berlebihan di bahagian dalam dan mungkin menyebabkan mikrob tidak dapat hidup. Walau bagaimanapun, mungkin juga penyebabnya adalah jenis habuk kayu yang digunakan kerana ia adalah sama dengan Kumpulan Takakuraz. Masih menjadi misteri?
![]() |
| Memotong sisa sayur-sayuran menjadi cebisan kecil sebelum dicampurkan ke dalam benih kompos. |
![]() |
| Melekatkan kertas kadbod di bahagian dalam bakul kompos yang mempunyai ruang pengudaraan. |
![]() |
| Memindahkan benih kompos ke dalam bakul kompos. |
![]() |
| Memasukkan sisa sayuran yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam bakul kompos dan digaulkan. |
![]() |
| Menutup permukaan bakul dengan menggunakan kain atau tuala sebelum disimpan di ruangan yang terlindung daripada cahaya matahari dan hujan. |
![]() |
| Wajah gembira Kumpulan Akasia paratis dengan bakul kompos THM mereka yang sudah sedia untuk digunakan sebagai tempat buangan sisa dari dapur. |
Wednesday, March 23, 2011
Lawatan #1 - Penyediaan Benih Kompos
Lima hari telah berlalu. Entah bagaimakah keadaan cecair penapaian yang telah disediakan lima hari yang lalu? Lebih kurang dalam jam 3.30 petang, saya bersama rakan sepejabat telah memulakan lawatan ke rumah Adik Win dari Kumpulan Akasia paratis dan diikuti dengan rumah adik Web dari Kumpulan Green Land. Rumah terakhir yang saya lawat ialah rumah adik Zan dari Kumpulan Takakuraz. Setiap kumpulan mengalami masalah di mana kehadiran adalah tidak penuh. Ini disebabkan sesi persekolahan mereka tidak sama. Selain itu, terdapat juga yang tinggal di asrama dan bersekolah di luar kawasan Sipitang. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak menghalang mereka untuk meneruskan tugasan mereka.
Saya merasa sangat gembira melihat komitmen yang telah diberikan oleh setiap ahli kumpulan yang hadir. Mereka kelihatan bersemangat dan melakukannya dengan baik.
![]() |
| Cecair penapaian kelihatan berjaya dihasilkan dan ketiga-tiga kumpulan telah berjaya menghasilkannya dengan baik. |
![]() |
| Campuran hampas hampas padi dan habuk kayu kasar/ halus pada nisbah 1 : 2. |
![]() |
| Mencampurkan cecair penapaian dalam campuran hampas padi dan habuk kayu. |
![]() |
| Menggaulkannya sehingga rata dan benih kompos tidak boleh terlalu basah atau terlampau kering. |
![]() |
| Benih kompos yang telah siap dibiarkan di dalam kotak selama 7 hari. |
![]() |
| Kumpulan Green Land telah mulai menyediakan batas sebagai plot percubaan baja organik yang akan mereka hasilkan. |
Saturday, March 19, 2011
Demo Pengkomposan Takakura Home Method
Seramai 23 belia telah menyertai demo pengkomposan Takakura Home Method ataupun THM yang telah dijalankan pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi di Dewan Mini SFI, Sipitang. Belia berumur di antara 13 hingga 18 tahun merupakan sasaran kepada projek mini ini. Projek ini merupakan lanjutan daripada program Pembangunan Belia yang telah dijalankan sejak Disember 2008. Di antara lain tujuan utama projek mini ini adalah untuk melahirkan belia yang peka terhadap isu-isu alam sekitar terutamanya langkah penjagaan alam sekitar dengan menggunakan kaedah ini. Di samping itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini, para belia akan mempelajari ilmu yang baru dan akhirnya dengan harapan dapat melahirkan pemimpim di kalangan mereka.
Belia yang hadir telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang dikenali sebagai Takakuraz, Akasia paratis dan Green Land. Setiap kumpulan telah menjalankan praktikal menghasilkan cecair penapaian selepas demo dilakukan. Cecair penapaian tersebut akan diperamkan atau disimpan selama lima hari sebelum langkah seterusnya iaitu menyediakan benih kompos. Setiap kumpulan telah memilih ketua kumpulan masing-masing dan seterusnya rumah ketua kumpulan mereka akan menjadi stesen untuk menjalankan projek pengkomposan ini. Saya akan memantau tugasan mereka dari semasa ke semasa sehingga setiap kumpulan berjaya menghasilakn baja kompos/organik yang pertama.
Berikut merupakan aksi-aksi mereka ketika menyediakan cecair penapaian pada hari demo tersebut:
![]() |
| Tempe yang telah dipotong halus ini merupakan bahan utama dalam penghasilan cecair penapaian. |
![]() |
| Gula merah halus (250g) yang telah dilarutkan dalam 3L air dan disimpan di dalam balang kedap udara. |
![]() |
| Kumpulan Takakuraz yang sedang menyediakan cecair penapaian kumpulan mereka. |
![]() |
| Ahli Kumpulan Akasia paratis sedang memotong tempe menjadi cebisan-cebisan kecil. |
![]() |
| Ahli Kumpulan Green Land sedang menghancurkan kiub gula merah dan memotong tempe menjadi cebisan-cebisan kecil. |
![]() |
| Cecair penapaian yang telah siap disediakan dan akan disimpan selama lima hari. Warna larutan kelihatan berbeza kerana dua jenis gula merah telah digunakan iaitu jenis halus dan kiub. |
![]() |
| Inilah wajah-wajah ceria yang telah menyertai demo THM dan seterusnya terlibat secara langsung dalam projek mini ini. Semoga berjaya kepada semua!! |
Subscribe to:
Posts (Atom)






















